Sifir dalam bahasa yang mudah adalah bermaksud nombor yang berkali-kali atau nombor yang berulang-ulang. Sifir juga adalah singkatan bagi operasi darab dan dalam erti kata yang lain ia adalah pendaraban antara dua nombor yang menghasilkan nombor ketiga yang berganda.
Sifir merupakan perkara ASAS yang wajib dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat sekolah rendah lagi. Adalah satu kerugian sekiranya pelajar masih tidak dapat menguasai asas sifir ini kerana di sinilahbermulanya segala cabang penyelesaian soalan matematik yang lain seperti operasi darab dengan 2,3,4 digit dan seterusnya, penyelesaian dalam operasi bahagi, pecahan, algebra dan lain-lain.
Justeru itu kemampuan pelajar menguasai sifir ini menunjukkan bahawa pelajar mampu menguasai matapelajaran Matematik dalam topik-topik yang berikutnya. Impaknya pelajar akan mula rasa seronok setiap kali dapat menyelesaikan soalan matematik yang mana lama- kelamaan pelajar sendiri mampu menyelesaikan masalah matematik dengan mudah dan cepat.
No comments:
Post a Comment