
Salam semua, pada kesempatan ini kami ingin berkongsi satu lagi RAHSIApembahagian nombor 9 dengan mana-mana nombor. Seperti di dalam gambar di sebelah, ini merupakan kaedah yang diaplikasikan kepada kita semua bukan? Tetapi sebenarnya untuk pembahagian nombor 9 ada satu kaedah MAGIK yang akan kami ajar. Sungguh mudah, tunjukkan kepada rakan-rakan anda dan katakan kepada mereka, inilah MATEMAGIK!

NOTA: Tanda bahagi di dalam posting ini ialah ( / )
Contoh 1:
33 / 9 = Jawapannya 3 baki 6
Caranya :
1) Keluarkan nombor pertama daripada 33 sebagai jawapan = 3
2) Tambahkan kedua nombor 33 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 3+3 = 6
Maka Jawapan tadi 3 baki 6
Contoh 2:
53 / 9 = Jawapannya 5 baki 8
Caranya :
1) Keluarkan nombor pertama daripada 53 sebagai jawapan = 5
2) Tambahkan kedua nombor 53 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 5+3 = 8
Maka Jawapan tadi 5 baki 8
Mudah bukan? Lebih mudah juga apabila kita lakukan pembahagian dengan nombor yang lebih besar seperti berikut:
Contoh 3:
132 / 9 = Jawapannya 14 baki 6
Caranya :
1) Keluarkan nombor pertama daripada 132 sebagai jawapan pertama = 1
2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 132 tadi sebagai jawapan kedua = 1+3 = 4
3) Tambahkan kesemua nombor 132 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+3+2 = 6
Maka Jawapanya 14 baki 6
Contoh 4:
161 / 9 = Jawapannya 17 baki 8
Caranya :
1) Keluarkan nombor pertama daripada 161 sebagai jawapan pertama = 1
2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 161 tadi sebagai jawapan kedua = 1+6 = 7
3) Tambahkan kesemua nombor 161 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+6+1 = 8
Maka Jawapanya 17 baki 8
Sekarang cuba anda pula yang lakukan aktiviti ini :
Latihan:
1 ) 62 / 9 =
2 ) 31 / 9 =
3 ) 44 / 9 =
4 ) 71 / 9 =
5 ) 80 / 9 =
6 ) 231 / 9 =
7 ) 152 / 9 =
8 ) 312 / 9 =
9 ) 521 / 9 =
10 ) 2121 / 9 =
Jawapannya : (6 baki 8,3 baki 4,4 baki 8,7 baki 8,8 baki 8,25 baki 6,16 baki 8,34 baki 6,57 baki 8,235 baki 6) Highlightkan mouse anda ke tempat kosong ini untuk mendapatkan jawapan.
Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul kesemua soalan tadi, maka TAHNIAH, Anda telahBERJAYA! Mula tunjukkan kepada rakan-rakan anda. Mereka pasti teruja!!!
No comments:
Post a Comment